156 individu ditahan dan 50 direman atas kesalahan melanggar Standard Operasi Prosedur, SOP. Polis Diraja Malaysia, PDRM juga telah mengeluarkan kompaun kepada 106 individu atas kesalahan sama.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan kawalan kendiri daripada rakyat amat penting dalam memerangi pandemik COVID-19 ini.
Selain itu, PDRM juga telah mengenakan 162 Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan memeriksa 157,364 kenderaan.