Anda boleh lihat daripada video ini yang Pangkalan Sendayan ini sahaja adalah lebih besar dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik daripada Pangkalan Sungai Besi sebelum ini.
Selain itu, terdapat juga 7 Pangkalan Udara yang lain dibuat baru atau dinaik taraf yang dilaksanakan oleh 1MDB.
Jadi, jangan sesekali mengatakan bahawa 1MDB membeli tanah Pangkalan Udara Sungai Besi dengan harga yang sangat murah.
Orang Pakatan tidak akan memberitahu anda mengenai 8 pangkalan Udara tersebut.
Seolah-olah mereka berfikir bahawa kemudahan pertahanan yang lebih baik dan keselamatan negara tidak penting kepada Malaysia.
Keluasan PU Sendayan adalah 2.6 juta kaki persegi. Manakala keluasan keseluruhan 8 lokasi penempatan semula (termasuk PU Sendayan) adalah 6.3 juta kaki persegi iaitu tiga kali ganda keluasan PU Kuala Lumpur.
Rujukan:
Mahathir Mungkin Tidak Memahami Berkaitan 1MDB Yang Sebenar
https://pakdin.my/mahathir-mungkin-tidak-memahami-berkaitan-1mdb-yang-sebenar/
“Relocation of eight air bases to cost RM2.7bil”
“Penempatan Semula 8 Pengkalan Udara Tentera Oleh 1MDB Menelan Belanja RM2.7 Bilion”