Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba.
Namun menjadi tanda tanya warga maya apabila terdapat dua gading gajah yang menjadi perhiasan di ruang tamu rumah bekas perdana menteri itu.
“Kami tertanya-tanya tentang gading gajah di situ,” catat pertubuhan pemuliharaan alam sekitar Zoologi Malaysia di Twitter.
We coulndnt help but to wonder about those ivory tusks.
Hurmmm.. https://t.co/hz10bmqEYV
— ZoologiMY (@ZoologiMY) July 5, 2020
Perkara itu menimbulkan perdebatan warga maya yang mendakwa wakil rakyat Langkawi menyokong pemburuan haram sedangkan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah penaung kempen Selamatkan Harimau Malaya.
“Ia mungkin tidak haram. Membunuh gajah amalan biasa di sesetengah kawasan di Afrika bagi mengawal populasi haiwan itu,” balas Salena Ibak di ruangan komen seorang pengguna yang meneka kemungkinan ia pemberian pemimpin Afrika.
Seorang pemuda Aftal Mariz memuat naik lampiran peruntukan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang menyatakan kesalahan memiliki gading gajah di bawah Seksyen 68(1)(b).
“Tak kisah la beliau bekas PM atau apa, jika tiada permit mohon tindakan tegas diambil,” catatnya.
Antara dua darjat?
— Ismet Ulam Raja (@ismet_ulam) July 5, 2020