Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Transformasi Ekonomi Luar Bandar Menerusi FELDA - pakdin.my

Semasa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diwujudkan hasil idea bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, ramai yang ragu sejauh mana rancangan tanah FELDA ini, mampu merubah kehidupan peneroka dan generasi pewarisnya.

Hari ini masyarakat peneroka FELDA di 317 rancangan tanah berjumlah kira-kira 4.8 juta orang dan mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Mereka bukan sahaja telah membaiki kedudukan sosio ekonomi mereka, malah turut merubah landskap geografi negara.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim (Perak) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ialah seorang daripada mereka yang berbangga dengan warisan FELDA ini.

Beliau ialah anak peneroka FELDA Sungai Behrang di Slim River dan memang berbangga dengan apa yang disumbangkan FELDA selama ini terutama untuk mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada kepompong kemiskinan.

“Kebanyakan peneroka FELDA datangnya dari perkampungan terpencil di luar bandar yang sebelum ini hidup serba miskin dan melarat. Tidak pernah mereka bayangkan suatu hari nanti pendapatan mereka boleh menjangkau sehingga RM4,000 sebulan, jauh lebih baik berbanding pendapatan anak-anak mereka yang keluar dari pusat pengajian tinggi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bapa Mohd Khusairi menyertai FELDA Sungai Behrang pada 1968 dan pada masa itu taraf hidup tidak banyak berubah namun ada kerja dan matlamat yang perlu dicapai.

Selepas tujuh tahun apabila getah mengeluarkan hasil, kehidupan warga peneroka yang hanya bergantung kepada barang makanan yang didapatkan dari kedai syarikat, mula meningkat.

KEHIDUPAN BERUBAH

“Sebelum menjadi peneroka, mereka tinggal di kampung tradisi yang ada sebahagian mereka hanya menumpang di rumah saudara-mara dan ada juga yang tiada rumah sendiri. Apabila menyertai FELDA mereka diberikan tanah suku ekar dan sebuah rumah satu bilik dengan tandas di luar rumah.

“Tapi kini perubahan fizikal rumah warga peneroka dapat kita saksikan kerana hasil ladang dan pentadbiran cekap FELDA. Hari ini kebanyakan rumah peneroka lebih besar dan lebih selesa. Ada sesetengah peneroka juga mampu membina rumah banglo hasil berjimat cermat,” katanya.

Mohd Khusairi, graduan Psikologi dan Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1986 berkata bergantung kepada harga komoditi, pendapatan peneroka kini antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan.

Dalam aspek pendidikan, beliau berkata FELDA menyediakan skim tuisyen percuma kepada anak-anak peneroka di sekolah rendah dan menengah serta memberi RM500 kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan RM1,000 bagi Ijazah Sarjana Muda di mana-mana institut pengajian tinggi.

Generasi baru FELDA juga didedahkan kepada pelbagai kursus kemahiran yang berkaitan termasuk penyelenggaraan pesawat.

TINGKAT SOSIO-EKONOMI

Transformasi sosio ekonomi ini jelas dilihat di semua rancangan tanah FELDA.

” Di peringkat awal kehidupan mereka, mungkin ada di antara generasi FELDA yang malu hendak mengaku sebagai anak peneroka FELDA, tetapi hari ini rata-rata mereka berbangga.

“Anak generasi FELDA hari ini dapat melihat sendiri bagaimana perkembangan taraf sosio-ekonomi ibu bapa dan keluarga mereka. Daripada tinggal di pondok buruk di perkampungan tradisi, berpindah ke rumah FELDA di rancangan tanah dan hari ini rumah berkenaan melalui proses baik pulih atau dibina baru menjadi banglo mewah,” katanya.

Kini terdapat 10 buah rancangan tanah FELDA berhampiran — tiga di Trolak, lima di Besout, masing-masing satu di FELDA Sungai Behrang dan FELDA Sungai Klah dengan bilangan keseluruhan penduduk kira-kira 40,000 orang.

DULU DAN SEKARANG

Abdul Razak Din, 46, anak peneroka dari FELDA Lasah di Sungai Siput mengakui akan keperitan hidup yang dilalui arwah bapanya ketika mula-mula memasuki rancangan tanah itu pada sekitar 70-an.

“Dulu pendapatan ayah sebulan hanya RM69.60 sebelum tiba hasil ladang getah bagi menyara enam anak yang bersekolah. Sekarang masyarakat peneroka boleh meraih pendapatan minimum RM3,000 sebulan dan ada sesetangah kawasan FELDA yang tanahnya agak subur, peneroka boleh memperoleh pendapatan hampir RM8,000 bagi hasil 4.4 hektar tanah,” katanya.

Abdul Razak yang kini memegang jawatan Editor akhbar Utusan Malaysia di ibu negara berkata warga peneroka kini rata-rata memiliki motosikal dan kereta sendiri malah ada yang pergi menoreh getah membawa kereta, bukan lagi basikal seperti satu ketika dulu.

Menyentuh aspek pendidikan, Abdul Razak yang memiliki Ijazah Sarjana Komunikasi (Kewartawanan Ekonomi) dari Universiti Putra Malaysia berkata banyak saluran dan bantuan yang disediakan untuk generasi muda FELDA melanjutkan pengajian mereka.

“Anak peneroka yang mendapat 4A dihantar belajar di sekolah terbaik di seluruh negara. Bagi yang tidak cemerlang pula FELDA tetap menyediakan bantuan pendidikan dan menyediakan saluran supaya mereka meneruskan pelajaran. Malah saya turut menerima biasiswa FELDA semasa belajar di universiti,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) Dr Kamari Kasan pula berkata kehidupan warga peneroka dan generasi baru FELDA kini jauh berbeza dan di luar jangkaan sebenarnya.

“Asalnya hanya mahu membasmi kemiskinan dan tidak pernah terbayang rumah besar yang begitu selesa dan memiliki kereta sendiri,” katanya.

PROSES TRANSFORMASI

Dr Kamari, pemegang PhD dari United Kingdom, ialah anak peneroka FELDA Cahaya Baru, Masai Johor yang turut mengharungi onak dan duri hidup bersama-sama FELDA apabila arwah bapanya menyertai FELDA pada tahun 1969.

Beliau berkata kehidupan warga peneroka ketika itu bertukar daripada di bawah paras kemiskinan kepada golongan pertengahan dan kini merupakan era untuk FELDA melahirkan generasi baru bergelar jutawan.

“Anak-anak peneroka yang berjaya perlu dikumpulkan dan digerakkan untuk melahirkan lebih banyak jutawan.

“Generasi baru ini tidak perlu hanya menjadi golongan peneroka di rancangan tanah sendiri, mereka perlu keluar meneroka sumber dan sektor perniagaan dan perladangan baru di luar negara,” katanya.

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail yang juga merupakan generasi baru FELDA Gedangsa, Hulu Selangor menyifatkan FELDA berjaya membantu anak peneroka mencapai pendidikan pada tahap tertinggi namun, ia tidak seharusnya terhenti di situ.

“Dalam pendidikan kita telah berjaya tetapi kita mahu berjaya lagi. Kita mahu mewujudkan juga sebuah intitut pendidikan bertaraf universiti khas untuk anak-anak warga FELDA. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kita sudah ada. Oleh itu kita perlu satu tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu taklimat di FELDA Gunung Besout 1 di Sungkai baru-baru ini.

Rozali dilihat sebagai generasi baru FELDA yang paling berjaya dan beliau menyedari kepentingan tranformasi berterusan untuk masyarakat peneroka. GWGF sedang berusaha merangka cadangan ke arah itu.

“Pelan tranformasi ini ialah bagaimana kita mahu melihat FELDA pada tahun 2020, seiring dengan transformasi ekonomi negara dan bagi 20 hingga 30 tahun akan datang,” katanya.

Pewaris masyarakat peneroka perlu pastikan usaha gigih tanpa mengenal kepayahan dan dugaan generasi awal seperti yang dipaparkan di dalam filem ‘Bilut’ tidak sia-sia!.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25

[VIDEO] Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji

Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi

Datuk Bandar ditembak mati di Narathiwat

Datuk Bandar kerajaan tempatan di daerah Rueso di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senjata berat di kilang pakaiannya di wilayah sempadan selatan pada Khamis 7 November 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: