Suami kepada Youtuber yang terkenal dengan program masakan, dikenakan perintah reman selama tiga hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana disyaki mendera isterinya.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabihah Mohd Noor.
Lelaki yang memakai pakaian berwarna ungu dan digari itu, dibawa dengan van polis ke Mahkamah Majistret, kira-kira jam 10 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki terbabit.
“Polis masih menyiasat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.
Pasangan terbabit yang sebelum ini tinggal di kawasan estet, berpindah keluar mendiami sebuah kawasan perumahan di sini selepas suami Youtuber itu berhenti kerja demi membantu isterinya secara sepenuh masa mengendalikan program masakan.
Menurut sumber, insiden itu berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh pada Selasa.
“Mangsa sedang melawat saudaranya yang sedang ditahan di wad.
“Suaminya, dipercayai sedang mabuk pada waktu itu dan berlaku pergaduhan dan memukulnya,” ujar sumber.
Tambahnya, lelaki itu turut membawa sebilah sabit ke hospital.
Pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin.
Terdahulu pada Isnin, Pavithra menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.
Menurut sumber, Pergaduhan dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin.