LONDON: Dua gol Wayne Rooney selang dua minit membawa Manchester United kembali di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.
Rooney meledak sebaik separuh masa kedua bermula pada minit ke-46 dan dua minit kemudian menjadikan kedudukan 2-0
Liverpool bagaimanapun bangkit apabila Luis Suarez berjaya menguis masuk pada minit ke-79.Pertemuan United dan Liverpool dipenuhi emosi apabila Suarez beraksi semula selepas digantung lapan permainan kerana mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman terhadap Patrice Evra.
Malah Suarez enggan bersalaman dengan Evra sebelum permainan bermula dan keadaan itu menjadikan penyokong United menyorak Suarez setiap kali dia mendapat bola.