…
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam, yang mendesak beliau melantik semua 10 Exco Kedah.
DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK/MENTERI BESAR KEDAH
“PAS pusat atau satu orang punya kenyataan? Itu berbeza. PAS pusat tak buat mesyuarat lagi. Itu kenyataan, mungkin wartawan salah lapor kot. Adakah dia buat kenyataan itu atas kapasiti dia sebagai individu ataupun atas nama keputusan AJK PAS pusat. Walau bagaimanapun, saya adalah dilantik oleh PAS pusat untuk mentadbir Kedah, bukan Kedah ni solely belongs to me. Saya masih tertakluk kepada sistem dan arahan parti.
Ujar beliau, keputusan mengenai pelantikan barisan Exco kali ini telah dibincangkan dengan pucuk pimpinan PAS pusat dan dibuat dengan pertimbangan yang mendalam.