Kedudukan Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dalam Umno setelah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, akan ditentukan Majlis Tertinggi Umno, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
“Legal standing pemimpin Umno adalah mengikut Majlis Tertinggi bukan bahagian ataupun badan perhubungan negeri,” katanya kepada wartawan ketika ditanya mengenai status Abdul Rahman yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam.
Mohd Zin berkata kedudukan Abdul Rahman selaku Anggota Parlimen juga akan ditentukan selepas proses undang-undang selesai.