Sampai bila lah puak-puak dalam Pakatan asyik nak menuding jari kepada UMNO atas setiap apa sahaja yang tidak menguntungkan politik mereka. Fakta bercelaru tak kisah asalkan jari dituding ke UMNO.
Agaknya kalau terlanggar batu pun UMNO juga dipersalahkan.
Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno
ALOR SETAR: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.
“Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria,” katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.
Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.
Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.
Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.
Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.
Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.