Pemandu yang menyebabkan kematian ahli Kelab Basikal Le Tua dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah II dekat Taman Melawati pagi semalam dijangka dituduh di mahkamah hari ini jika Timbalan Pendakwaraya menerima kertas siasatan yang telah dilengkapkan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pemuda berusia 20 tahun yang telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam bakal dituduh kerana menyebabkan kematian Rafizi Hamdan, 37, di tempat kejadian pada pukul 7.50 pagi