Pemandu kereta yang didakwa menyebabkan kematian ahli Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, di Jalan Lingkaran Tengah II (JLT II) pagi semalam, belum didakwa di Mahkamah Ampang hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) memulangkan semula kertas siasatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kertas siasatan itu telah disiapkan kurang 24 jam selepas kemalangan sebelum diserahkan pagi ini untuk tujuan pertuduhan terhadap pemuda berusia 20 tahun terbabit.
“Tetapi DPP pada petang ini memulangkan semula kertas siasatan bagi dilakukan siasatan lebih terperinci.
“Pertuduhan akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas kertas siasatan dilengkapkan semula dan mendapat cadangan daripada DPP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.
Terdahulu, polis berkata, pemuda berusia 20 tahun yang telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam bakal dituduh kerana menyebabkan kematian Rafizi