Penemuan seekor buaya tembaga air masin dilihat berjemur di pantai Kuala Besut pada Rabu (14/10/2020) jam 2:30 petang telah menggemparkan penduduk sekitar Kuala Besut.
Buaya tersebut dipercayai tersesat dari Muara Sungai Besut, tidak jauh dari situ mula bergerak kedalam laut sebelum menghilang.
Tinjauan ke lokasi mendapati kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan), Polis serta anggota Pertahanan Awam (APM) berada dikawasan tersebut sehingga lewat petang tadi bagi memantau kehadiran buaya tersebut. – Bernama