Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib.
Satu soalan yang ditanya adalah apakah pandangan DSN tentang saranan Tun M untuk memotong gaji menteri.
Kalau DSN ni benar benar populis, dia akan jawab “ya saya setuju, tak luak pun gaji menteri2 ini”. Rakyat yang tidak faham ekonomi, memang suka potong gaji menteri2 ni.
Tapi saya sangat tertarik dengan apa yang DSN jawab? Dia kata saranan Tun M tentang potong gaji ini tidak berkesan. Tidak efektif.
Dia kata lagi apa yang diperlukan adalah “rangsangan ekonomi” bukan sebaliknya. Memotong gaji, mengurangkan perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan ekonomi menguncup.
Falsafah ekonomi Tun M ini adalah falsafah neoliberal, satu falsafah yang tidak sesuai utk ekonomi moden terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi. Apa yang Tun M cadangkan adalah “austerity measures” atau langkah penjimatan. Andaian Tun M adalah bila ekonomi perlahan, kerajaan perlu jimatkan perbelanjaan. Ini adalah pemikiran “household economy”. Ekonomi negara bukan seperti ekonomi rumahtangga kita. Bila kerajaan berbelanja, sektor persendirian dapat peluang menjana ekonomi. Bila kerajaan kurang berbelanja, sektor persendirian sakit.
Apa yang penting bagi ekonomi negara bukanlah jumlah nominal hutang negara, tetapi ratio hutang/KDNK. Hutang nominal negara akan sentiasa meningkat selama lamanya kerana negara dianggap abadi. Kebolehupayaan negara membayar hutang diukur dengan ratio hutang/KDNK kita. Ya benar, apabila ekonomi gawat, kerajaan BN/PN perlu membuat pinjaman dari pasaran domestik yg menyebabkan ratio hutang/KDNK meningkat, tetapi ini hanya sementara saja supaya ekonomi negara terus berkembang dan tidak menguncup lebih teruk. Pelabur juga akan lebih yakin apabila pasaran domestik mempunyai wang utk berbelanja.
Pada 2009, DS Najib melaksanakan rangsangan ekonomi dengan meminjam dari pasaran tempatan dan memang ratio hutrang/KDNK negara meningkat, tetapi kesannya adalah sewaktu dunia dilanda kegawatan yang pakar ekonomi kata lebih teruk dari Great Depression, Malaysia hampir tidak terkesan kerana kita pulih dalam masa tak sampai setahun. Rakyat Malaysia tak sempat rasa. Selepas 2009, kerajaan mengurangkan defisit tahunan apabila ekonomi sudah pulih.
Kalau ikut Tun M, dia akan buat langkah penjimatan, ekonomi mungkin akan pulih selari dengan ekonomi global tetapi harga yg dibayar begitu tinggi. Ia bukan tindakan yang bijak. Ada cara yang lebih berkesan dan lebih bijak.
Sumber:
Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157500409275952/