Dalam perbahasan bajet 2021 saya minggu lepas, saya juga menujukan soalan ini:
Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat sehingga RM1,800 (untuk isi rumah dengan 2 anak ke atas) adalah pakej bantuan paling utama kepada Rakyat B40 dan M40
Sebab itu, bagaimana pula peruntukan RM6.5 bilion untuk 8.1 juta orang mampu menyelamatkan ekonomi dalam krisis Covid amat menyeramkan ini jika BaSaH masa PH dengan peruntukan RM5 bilion untuk 4.1 juta orang tidak dapat selamatkan ekonomi dalam tahun 2019 yang tiada apa-apa krisis?
Peruntukan tambah 30% sahaja dari RM5b ke RM6.5b tapi jumlah penerima naik berganda dari 4.1 juta ke 8.1 juta orang?
Namun sehingga kini, tiada seorang pun mampu memberi jawapan untuk soalan paling asas ini.
Sebab itu, saya tuntut #KWSP10k dan #lanjutanmoratorium
Untuk maklumat, peruntukan bagi pakej BR1M tahun 2018 masa BN untuk bayaran sehingga RM2,000 (berbanding RM1,800 BPN2021) untuk keluarga dan RM600 untuk orang bujang (berbanding RM350 untuk BPN2021) adalah lebih meluas dan peruntukkannya cecah RM8 bilion walaupun masa itu tidak ada krisis Covid dan ekonomi semakin baik.
Sumber:
Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157502475735952