Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan.
Dr Amar Singh berkata, cara itu malah boleh mendatangkan kesan negatif kerana tiada sokongan data dan sains yang membuktikan ia boleh mencegah wabak dari merebak.
“Sama sekali tidak berkesan. Mungkin mendatangkan keburukan.
“Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga tidak menggalakkan untuk melakukannya,” catatnya di Twitter.
Hantarannya merujuk kepada sebuah video kerja-kerja membasmi kuman dilakukan di bandar Kota Kinabalu dengan kaedah penyemburan oleh lori tangki.
Sehubungan itu Dr Amar menggesa agar pihak yang terlibat menghentikan proses itu.
Katanya adalah lebih baik penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dijimatkan dan diberikan kepada kakitangan hospital.
Proses sanitasi awam biasanya dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di bandar dan kawasan pusat beli-belah.
Totally useless.
Maybe harmful.
Not based on data and science.
Even WHO says don’t do this.
Please stop this.
Save the PPE for hospital staff. https://t.co/lbHYHIaiN3— Amar-Singh HSS (@DrAmarMOH) October 18, 2020