Cuba lihat analisa pengundi yang dibuat oleh PKR. Mereka terlau yakin akan dapat memerintah negara dengan kelebihan 1 kerusi.
Sasaran yang memang munasabah kalau difikirkan dan sasaran tersebut sebenarnya mereka bermain sentimen undi simpati yang harus diberi perhatian.
Cuba lihat sokongan pengundi kaum India, mereka meletakkan sasaran peratusan yang sama disetiap negeri dengan angka 40% memihak kepada mereka.
Lihat pula sokongan pengundi kaum Melayu, di negeri Johor, Sabah dan Sarawak disarkan mendapat 30% undi. Di lain-lain negeri kecuali Kelantan ynag dijangka mendapat 52% undi, jangkaan mereka sekitar sekitar 40-49%.
DAP juga risau kalau pola sokongan pengundi sebegini walaupun mereka boleh memperolehi 77% sokongan pengundi Cina disemua negeri.
Apa langkah mereka untuk menaikkan undi melayu dan India?
Mereka akan megi melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan penyokong sendiri bagi memecahkan sokongan kaum India dan Melayu.
Penyokong BN kena berhati-hati dengan permain mereka nanti yang melagakan kaum India dan Melayu.
Pilihanraya sudah terlalu hampir dan mereka akan melakukan apa sahaja, ketahanan mental ‘orang parti’ BN dan penyokong serta yang bersimpati dengan BN kena kental dengan proganda dan provokasi perkauman yang akan mereka lakukan bagi melagakan orang India dan Melayu.
Provokasi akan berlaku dikawasan dimana pemgundi Cina dalam lingkungan 40% – 60%.
Penyokong BN jangan cepat melatah diwaktu2 kritikal begini kerana mereka akan mengorbankan penyokong sendiri dan akan mengapikan UMNO supaya melatah.
Lim Kit Siang memiliki kepakaran dalam melakukan provokasi perkauman..