Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail telah membuat laporan polis terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa melakukan 21 langgaran di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Katanya laporan polis itu dibuat kerana Rafizi telah mendedahkan butiran perbankan peribadi dan sulit kepada media.
Mohamad Salleh berkata Rafizi telah mengedarkan kepada media bagi mempamer kepada umum butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFCorp serta syarikat berkaitan — National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.