PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    PRN Melaka: Kegagalan PH tadbir urus negara jangan dilupakan – Mohamad Ali

    TANGGA BATU – Kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan adalah cerminan kepimpinannya yang tidak kompeten di peringkat negeri termasuklah Melaka yang tidak harus dilupakan.

    Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, ini dapat dilihat apabila pelbagai janji yang ditaburkan PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun ianya tidak ditunaikan apabila berkuasa.

    “PH ini kita tidak boleh menggambarkan ianya dalam negeri Melaka sahaja kerana pada ketika itu mereka juga menguasai kerajaan Persekutuan.

    “Gambaran yang diberikan semua rakyat tahu bahawa apa yang dijanjikan oleh PH semasa mereka perintah janji seperti kenapa anak muda hendak hapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tol… mereka bagi perkara untuk bagi rakyat tertarik.

    “Namun ianya tidak dilaksanakan malah kita tengok suri rumah pun mereka hendak bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masa itu kita tengok Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengutarakan cadangan berikan kepada suri rumah KWSP tapi ianya tidak dilaksanakan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata bagaimanapun situasi ini membuka mata rakyat bahawa pendekatan yang dijanjikan oleh PH pada PRU14 adalah sesuatu yang tidak realistik.

    Jelas Mohamad Ali lagi, PH ternyata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang dibarisi oleh kepimpinan yang berpengalaman dan kredibiliti.

    “Itu sebab saya nyatakan berulang kali bahawa rakyat sebenarnya rindu kepada BN yang telah terbukti memberikan satu perjuangan dan keadaan yang amat baik kepada negara kita.

    “Peluang-peluang yang cukup besar kepada rakyat, memberikan pembelaan dan kesemua itu dirangkumkan atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin BN yang telah memerintah negara kita berbanding apa yang berlaku 22 bulan semasa pemerintahan PH waimi di peringkat Persekutuan ataupun di negeri Melaka.

    “Mereka tidak dapat melakukan sesuatu malah ekonomi kita bertambah buruk dan ini amat menyukarkan rakyat malah rakyat akui sehingga ke hari ini ekonomi rakyat agak terlalu teruk dan kesusahan rakyat amat terasa pada ketika ini,” ujar beliau.

    # Tag
    Berkaitan

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran

    Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran

    Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas