Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati pelajar universiti khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan.
Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM, bertitah demontrasi jalanan amat tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini kerana perbuatan itu hanya mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat.
“Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar-banda raya, ia akan mencetuskan hura-hara kerana akan ada yang bertindak mengikut emosi yang tidak terkawal,” titah baginda pada majlis Gemilang Akademia UPM, di sini Rabu.
Titah baginda perbuatan tersebut mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang seterusnya tuduhan di mahkamah dan tindakan dibuang universiti.
“Pelajar sepatutnya menumpukan perhatian di dewan kuliah atau di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menasihatkan penuntut universiti di negara ini agar menghindari demonstrasi jalanan.
Ini kerana gejala berkenaan langsung tidak kena dengan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH / SULTAN SELANGOR
“Para pelajar perlu ingat bahawa ibu bapa telah banyak berkorban wang dan masa, jangan menghampakan harapan ibu bapa dan keluarga”.
Baginda bertitah pada Majlis Gemilang Akademia Putra 2011 di Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Sultan Selangor turut menyatakan kebimbangannya dengan senario masakini, apabila pelajar lebih menunjukkan kecenderungan dan minat di bidang politik daripada menelaah pelajaran.