Suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dirasuah untuk mendapat kelulusan “belum pernah terjadi sebelum ini” bagi pemindahan wang, Mahkamah AS diberitahu

Pindahan berbilion dolar telah diluluskan oleh bekas gabenor Zeti Akhtar Aziz untuk dibawa keluar Malaysia dengan segera.

Saksi utama perbicaraan rasuah 1MDB di AS terhadap ahli bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng dilaporkan memberi keterangan bahawa suami kepada bekas Gabenor Bank Pusat Malaysia (BNM) telah disogok untuk mendapatkan kelulusan pemindahan wang yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Saksi itu, Tim Leissner, yang merupakan bekas pengerusi operasi Asia Tenggara Goldman berkata Roger telah memberitahunya bahawa gabenor BNM ketika itu Zeti Akhtar Aziz telah meluluskan transaksi bernilai bilion dolar untuk dibawa keluar dari Malaysia.

Leissner, 52 memberitahu demikian ketika disoal oleh Pendakwaraya Drew Rolle.

Rolle: “Adakah anda pernah membincangkan isu di PetroSaudi dan 1MDB?”
Leissner: “Ya.”

Rolle: “Dengan siapa anda membincangkannya?”

Leissner: “Roger. Apabila diketahui bahawa 1MDB telah membuat pelaburan AS$1 bilion itu, Roger menyampaikan kembali kepada saya apa yang dia dengar tentang bagaimana wang itu dilaburkan.”

“Anda perlu faham pada 2009 Malaysia masih mempunyai kawalan modal, yang memerlukan pelaburan sebesar itu untuk diluluskan oleh Bank Negara dari segi wang yang mahu dibawa keluar dari negara,” kata Leissner.

Apabila disoal lanjut oleh Rolle mengenai siapa yang perlu meluluskan wang untuk dibawa keluar dari negara Malaysia ketika itu, Leissner menjawab: ”Sebuah institusi bernama Bank Negara. Ia adalah bank pusat Malaysia. setara Rizab Persekutuan di Malaysia. Mereka perlu meluluskan satu bilion dolar untuk dibawa keluar dari Malaysia pada dasarnya.

“Roger melaporkan kembali kepada saya bahawa dia telah mendengar bahawa wang itu telah dibawa keluar semalaman keluar negara. Satu bilion dolar telah disalurkan semalaman ke Malaysia kepada usaha sama itu dan ia telah dilakukan kerana suami kepada Gabenor Zeti ketika itu di Bank Negara telah menerima rasuah untuk melaksanakannya.

“Jadi, semalaman wang itu dipindahkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada masa itu. Tiada kelulusan diperoleh secepat itu dengan Bank Negara,” Leissner memberi keterangan.

Leissner memberi keterangan terhadap bekas ketua perbankan pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng yang didakwa di mahkamah persekutuan Brooklyn kerana bersubahat untuk penggubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah.

Perbicaraan yang bermula pada 16 Februari boleh berlanjutan sehingga enam minggu.

November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diperolehi dari Singapura dikuasai oleh sebuah syarikat milik suami Zeti, Tawfiq Ayman.

Suami dan dua anak lelaki Zeti telah mengaku mengetahui tentang wang dalam akuan berkanun (SD) yang ditandatangani pada Mac tahun lalu.

Wang itu berada dalam akaun Cutting Edge Industries di Singapura dan ketiga-tiga mereka mengaku sebagai pemilik benefisial akaun tersebut.

BACA juga:

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...