Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi - pakdin.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan berhubung tular sotong ring didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan isu itu dan akan menjalankan siasatan.

Katanya, Jakim memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.

Beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai dakwaan sotong ring yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong.

Melalui hantaran di Facebook, netizen turut meninggalkan komen meragui cop tanda halal yang dicetak di label pembungkusan.

Terdapat netizen mempertikai kerana ia lebih liat dan tidak seperti sotong biasa.

UTAMABERITAAMJakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium