HULU SELANGOR – Tiga beradik bersama seorang rakan mereka terpaksa bermalam di lokap selepas mereka dipercayai menetak seorang pengamal perubatan tradisional hingga parah di kawasan Lembah Beringin di smi kelmarin.
Kejadian pukul II malam itu mengakibatkan mangsa yang berusia 54 tahun tersebut patah tangan kin dan cedera di belakang badan selepas dia di salah anggap menghasut ahli keluarga suspek untuk menja lani rawatan.
Difahamkan, ahli keluarga suspek sering mengunjungi pengamal perubatan tersebut untuk mengubati anak perempuan mereka yang dikatakan terkena penyakit misten sejak sebulan lalu. Gadis itu berusia 20 tahun.
Jurucakap polis memberitahu, siasatan mendapati, punca serangan ¡tu ialah salah faham apabila kesemua suspek menganggap mangsa telah menghasut dan mengajar ahli keluarganya melakukan amalan pelik.
“Ketika kejadian, adik perem puan mereka sedang menjalani rawatan pemulihan penyakit misteninya dengan ditemani ¡bu bapa dan seorang anak lelaki pasangan ¡tu.
“Sebaik sampai, mereka tenus menetak mangsa. Anak lelaki pasangan terbabit turut cedera dihidung dan kepala ketika cuba menghalang pergaduhan tersebut,†katanya yang turut merampas sebilah parang
Tambahnya, ahli keluarga suspek mendakwa, mereka sering berulang-alik ke rumah pengamal perubatan itu selepas mendapati penyakit misten
anaknya semakin pulih.
Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Slim River, Perak manakala keempat-empat suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Ka nun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera.