Menolak perhimpunan haram Bersih 1, 2 dan 3 – tetapi memberi sokongan penuh kepada Bersih 4.
Itu pendirian penduduk Kampung Chu Badak Jaya di ibu negara – demi perasaan cintakan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.
SHAMSUDIN SHAH / PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG CHUBADAK
“Untuk menunjukkan sokongan kami kepada kerajaan, pada pemerintah yang ada sekarang, yang mana kita kekalkan keamanan, kita tak nak lagi Bersih 1,2,3. Kita nak Bersih 4 bersih keamanan, cinta keamanan”.
Pendirian itu buat pada mesyuarat persatuan penduduk Kampung Chu Badak Jaya siang tadi.
Menurut Shamsudin, penduduk setempat sudah muak dan jelak dengan perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3 – yang menimbulkan pelbagai kekecohan dan kerugian.
Sebaliknya, apa yang diminta hanyalah kesejahteraan umum dan sebuah negara yang aman.
Kampung Chu Badak adalah antara 261 persatuan penduduk yang sudah mendaftar untuk menyokong perhimpunan Bersih 4 di Stadium Bukit Jalil, 23 Jun depan.