[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari - pakdin.my

JOHOR BAHRU – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditahan polis kerana cubaan menculik seorang kanak-kanak semalam dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar bermula 12 hingga 15 Mei ini.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap sambil diiringi polis tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.13 pagi.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, lelaki OKU berusia 20-an itu ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, semalam.

Menurut beliau, suspek yang merupakan pemegang kad OKU pesakit mental itu turut positif dadah jenis methaphetamine melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan.

“Murid lelaki berusia 7 tahun itu diculik suspek yang menaiki motosikal ketika sedang berjalan kaki di Sekolah Agama Taman Scientex. Suspek bertindak mempelawa mangsa menaiki motosikal dengan alasan mahu menghantarnya pulang ke rumah.

“Seorang lelaki kemudian membuat panggilan di Balai Polis Taman Scientex pada pukul 11.30 pagi memaklumkan suspek sudah ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, suspek juga merupakan orang dikehendaki polis di bawah kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan ibu bapa, penjaga dan pelajar agar lebih peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling supaya perkara sama tidak berulang pada masa depan,” jelasnya.

Semalam, penduduk Pasir Gudang digemparkan dengan kejadian penculikan itu selepas tular rakaman video dan gambar seorang lelaki yang memakai kemeja-T lengan panjang bewarna putih dan berseluar panjang berjalan sambil mendukung kanak-kanak berkenaan di Taman Kota Masai.

@pakdin.my[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari. Selanjutnya di: https://pakdin.my/158426

♬ original sound – PakDin.my

UTAMABERITA OKU culik kanak-kanak direman 4 hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium