[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’ - pakdin.my

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian 8.30 pagi mangsa bersama nenek, Bibah Harup, 48, dan kakaknya sedang duduk di tebing sungai.

Katanya, berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai.

“Sejurus menerima panggilan, lima anggota bomba Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

“PGO turut menghubungi agensi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi mendapatkan bantuan pasukan SWAT SFC untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya menurut laporan Berita Harian.

kejadian membabitkan reptilia itu adalah yang kedua selepas seorang lelaki, Sebarang Bingkok, 56, disambar buaya di Sungai Ahong, Kampung Kangka, Lundu, Khamis lalu.

Kepala lelaki itu ditemui hanyut di sungai berkenaan oleh ahli keluarganya, kira-kira 5 petang, hari sama. Operasi masih dijalankan bagi mengesan bahagian tubuh mangsa.

https://youtu.be/rtyBzjNiBhg

 

UTAMABERITA Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium