Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Julai 2019 ketika kerajaan PH bermaharajalela.
Surat Tommy Thomas dikatakan adalah punca keputusan ancam aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara.
Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut.
Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH.
Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion.
Isu yang amat berat sekali sebab telah disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah.
Memandangkan Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri KDN, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan kerajaan PH masih membisu berhubung tuntutan Sulu dan surat Tommy ini biarpun ianya isu yang paling hangat ketika ini, saya berpendapat bahawa ianya wajar dan adil untuk kerajaan hari ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang Tommy daripada keluar negara sehingga kebenaran dapat dicari.
Sekiranya surat Tommy telah dibincang dan mendapat mandat kabinet kerajaan PH.
(Sekiranya kerajaan turut halang PM, Timbalan PM, Menteri KDN, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan kerajaan PH dari keluar negara pun saya tak bantah sebab mereka merupakan menteri-menteri utama kerajaan PH masa itu.. Tak perlulah melancong ke sana dan ke sini pada masa pandemik ini)
Facebook Najib Razak:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid02fpTX9CeQDi6crQYfBRk2WVZGFwo134NP7k9xjhCAHwniXySYDvQ5V83Ago53FR1sl