Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022.
Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor.
Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakarĀ astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline.
Saintis-saintisĀ juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara.
Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.
Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijangka memasuki semula atmosfera Bumi pukul 6.26 petang hari ini waktu Musim Panas Britain (1.26 pagi nantiĀ waktu Malaysia) dengan selaĀ masaĀ enam jam awal atau lambat, demikian menurut Aerospace Corporation
Aerospace Corporation merupakan badan bukan bermotifkan keuntunganĀ AS yang menjejaki serpihan angkasa lepas
Setakat petang semalam, ramalan terkini mencadangkan ia mendarat di China tetapi firma tersebut berkata, masih āterlalu awalā untuk mendapatkan kepastian lokasi sebenarĀ Ā serpihan tersebut jatuh.
Menurutnya, apabila serpihan itu semakin hampir dengan Bumi, ramalan akan menjadiĀ semakin tepat.
Aerospace Corporation menyatakan bahawaĀ āwujud kebarangkalianĀ bukan sifarā serpihan roket itu jatuhĀ di kawasan berpenduduk walaupun risikonya amat rendah.
āKemasukan semula objek saiz tersebutĀ ini tidak akan terbakar sepenuhnya di atmosfera Bumi.