Seorang wanita berusia 23, pengunjung di Suria KLCC, Kuala Lumpur, maut dipercayai terjatuh dari tingkat atas pusat beli-belah berkenaan, hari ini pada jam 9.38 petang, 1/8/2022.
Perkara itu disahkan pihak Suria KLCC dalam satu kenyataan, hari ini.
“Pihak pengurusan Suria KLCC dukacita memaklumkan yang berlaku insiden malang di Suria KLCC petang tadi mengakibatkan seorang wanita pengunjung terjatuh dari tingkat atas.
“Dukacita juga dimaklumkan wanita terbabit telah meninggal dunia,” kata kenyataan itu.
Pihak Suria KLCC turut menyatakan yang mereka bersedia memberi kerjasama penuh membantu pihak berkuasa dalam siasatan kes terbabit.
Dalam pada itu, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan siasatan lanjut akan dilakukan.
………………………
Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:
Talian Kasih
Hotline: 15999
The Befrienders
Hotline: 03-76272929
Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800
Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995
Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.
Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.