Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak dijawab. Baiklah elok kita ulangi pertanyaan itu.
1. Betulkah permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu. Apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih cakap Melayu?
2. Alasan permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana Peguam dari Malaysia cukup pakar. Tetap kenapa Jabatan Peguam Negara guna peguam swasta Gopal Seri Ram jadi pendakwa? Apakah negara tidak ada pendakwaraya yang pakar setelah 65 tahun merdeka?
3. Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka. Masalahnya kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak. Sudah pasti permohonan Najib ditolak.
Cukuplah tiga soalan itu diulang balik. Tolong jawab secara terbuka.