..
Dan ketika menghadiri Majlis Ngabang Gawai Dayak di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong, Datuk Seri Najib menegaskan janji kerajaan untuk terus berkhidmat kepada rakyat bukan janji kosong semata-mata.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI.
“Kita beri peruntukan NKRA untuk Sarawak dan Sabah, the biggest allocation in history. Saya punya walkabout 3 years, I have approved 2.3 billion, yang tak termasuk dalam NKRA, more than 73 percent have been completed. Dengan cara ini kita akan pastikan BN bukan janji kosong, bukan kita buat janji kerana pilihan raya, tapi we have delivered and continue to deliver. Oppositon promise but they cannot deliver”.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak memperjudikan masa depan negara dengan memilih pembangkang.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK / PERDANA MENTERI.
“They cannot emulate the success of BN dan kita tidak boleh memperjudikan masa depan kita”.
Tambahnya, kerajaan komited menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.