..
Kerajaan Barisan Nasional merancang satu lonjakan besar dalam pembangunan di negara ini, dan memerlukan sokongan lebih padu daripada rakyat untuk menjayakannya.
Ini kerana kata Datuk Seri Najib Tun Razak – BN melihat pembangunan yang ada sekarang bukan sahaja akan diteruskan, malah perlu ditingkatkan lagi khususnya dalam menjana transformasi besar di kawasan pedalaman.
Perdana Menteri hari ini seharian berada di Sarawak, untuk menyertai masyarakat Dayak yang menyambut pesta menuai tahunan iaitu Pesta Gawai.
Lebih tepat lagi pedalaman Sarawak.
Dan antara singgahan beliau – rumah panjang George Chungut, Pakan di Sarikei.
Di hadapan kira-kira 3,000 penghuni rumah panjang ini, Datuk Seri Najib berkata, untuk memastikan pembangunan dapat diteruskan, BN perlu diberi mandat semula pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana usaha memajukan negara memerlukan perbelanjaan yang besar serta bukannya mengambil masa yang singkat, sama seperti kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama selama ini yang diiktiraf pemimpin dunia.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Ini bukan Barisan Nasional yang cakap, jauh sekali bukan pembangkang. Pembangkang tak pernah iktiraf kejayaan kita, tapi orang luar mengiktiraf kejayaan kita yang mana kejayaan itu adalah hakikat dan realiti sebenarnya”.