MIRI: Seekor anak paus berukuran empat meter ditemui terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram.
Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pasa jam 12 tengah hari tadi.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati seekor anak ikan paus dengan anggaran panjang empat meter telah terdampar di tepi pantai,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam bagi memudahkannya untuk berenang ke laut.