Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disifatkan seorang reformis yang hebat bagi meningkatkan hubungan dua hala, Amerika Syarikat – Malaysia.
Perkara itu disuarakan Senator Amerika Syarikat, John McCain selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib di Putrajaya, 30 Mei lalu.
Kenyataan McCain menerusi mesej Twitternya juga menyifatkan pertemuan dengan Perdana Menteri sesuatu yang mengesankan.
John McCain bersama seorang lagi senator, Joseph Lieberman mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Najib, 30 Mei lalu.
Kedua-dua senator itu berada di negara ini selama tiga hari sehingga Jumaat lalu bagi menghadiri jemputan Majlis Perniagaan Malaysia sempena Persidangan Invest Malaysia 2012.