[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa - pakdin.my

HULU SELANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian ragut di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya mengesan hantaran gambar dan video di laman Facebook jam 3 petang semalam.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kes ini pada jam 10.30 pagi kelmarin.

“Hantaran itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 39 tahun ketika mahu masuk ke pasar raya.

“Suspek dipercayai warga tempatan manakala mangsa juga warga tempatan dan bekerja di sebuah kilang.

Jangan lupa subscribe

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Rahimi Hasnawi (03-60641222).

BACA juga:

UTAMABERITA Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium