Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini.
Katanya setakat ini lebih 20 saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut selain dikelar diperut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.
Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam pada 22 Mei lepas.
@ulekmayang.comsuspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326 ……..♬ original sound – ulekmayang.com
BACA juga:
- [VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil
- Mayat wanita dicincang, dibakar dalam bungkusan
- Pemandu Teksi Dikelar dan Dibakar
- Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar
- Remaja Perempuan Yang Ditemui Mati Dibakar Ketika Masih Hidup