KUALA LUMPUR – Mengenai penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada pukul 3.00 pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan, tindakan dibuat selepas Menteri Besar Kedah itu tidak menjawab panggilan telefon polis sejak petang semalam.
Panggilan dibuat selepas polis menerima arahan berkaitan pertuduhan membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi daripada Jabatan Peguam Negara semalam.
Pihaknya turut menerima 58 laporan termasuk daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum dalam ceramah politiknya.
BACA juga: