[VIDEO] Nahas N28JV: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut - pakdin.my

Polis mengesahkan orang kenamaan adalah antara 10 lelaki  maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini pada 2.40 petang 17/8/2023.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lapan daripada mereka ialah penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian pesawat malang itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang tadi.

“Namun dua minit sebelum mendarat, pesawat tersebut dipercayai hilang kawalan dan terhempas lalu melanggar motosikal dan kereta yang melalui kawasan itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua kenderaan berkenaan dilaporkan dari arah Bukit Jelutong menghala Lebuhraya Guthrie.

Jangan lupa subscribe

Hussein berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Menurut Hussein, kesemua mangsa dipercayai berusia lingkungan 40-an hingga 50-an meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, untuk bedah siasat.

BACA juga:

UTAMABERITA Nahas N28JV: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium