Spain 4 – Republic of Ireland 0
Torres 4,
Silva 49,
Torres 70,
Fábregas 82
PERTEMUAN menarik Sepanyol dan Republik Ireland pada perlawanan kedua saingan Kumpulan C Euro 2012 sedang berlangsung di Stadium Arena, Gdansk dengan juara bertahan itu mendahului dengan jaringan 1-0.
Gol Sepanyol dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit keempat.
Kedua-dua pasukan ingin memburu mata penting bagi merebut slot dua pasukan ke pusingan kalah mati nanti.
Pada ketika ini, saingan kumpulan itu sangat terbuka dan sengit selepas Itali dan Croatia terikat 1-1 di Stadium Municipal, Poznan sebentar tadi.
Andrea Pirlo membuka jaringan melalui sepakan percuma yang menarik pada minit ke-39 dan Croatia kembali bangkit mengikat kedudukan melalui Mario Mandzukic pada minit ke-72.
Croatia mengungguli kumpulan ketika ini dengan mengumpul empat mata manakala, Itali mengumpul dua mata.
Ini memberi peluang Sepanyol dan Ireland memintas kedudukan dua pasukan itu.
Sepanyol mengutip satu mata dan Ireland tiada sebarang mata setakat ini.
Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas 3-1 kepada Croatia.
Penyerang Sepanyol dan Ireland, Fernando Torres serta Robbie Keane pastinya mahu memburu gol sulung kejohanan edisi kali ini.
Setakat ini, Sepanyol mempunyai rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan. Kekalahan terakhir mereka adalah pada peringkat pembukaan kumpulan kepada Switzerland di Piala Dunia 2010.
Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas 3-1 kepada Croatia.
Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Sepanyol menewaskan Ireland 3-2 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 ketika Piala Dunia 2002.
Sekilas fakta permainan (25 minit pertama)
– Gol semasa: Sepanyol (1, minit ke-4); Rep Ireland (0)
– Penguasaan bola: 64% (Sepanyol); 36% (Rep Ireland)
– Sasaran ke gawang: 4 (Sepanyol); 3 (Rep Ireland)
– Sepakan penjuru: 1 (Sepanyol); 1 (Rep Ireland)
– Kad kuning:
Barisan pemain Sepanyol:
1. Iker Casillas
3. Gerard Pique
15. Sergio Ramos
17. Alvaro Arbeloa
18. Jordi Alba
6. Andres Iniesta
8. Xavi Hernandez
14. Xabi Alonso
16. Sergio Busquets
21. David Silva
9. Fernando Torres
Barisan pemain Ireland:
1. Shay Given
2. Sean St Ledger
3. Stephen Ward
4. John O’Shea
5. Richard Dunne
6. Glenn Whelan
7. Aiden McGready
8. Keith Andrews
11. Damien Duff
10. Robbie Keane
20. Simon Cox