Seorang penumpang terbunuh dalam turbulensi yang kuat dalam penerbangan dari London ke Singapura, dengan sekurang-kurangnya 30 yang lain cedera.
Penerbangan Singapore Airlines melencong ke Bangkok berikutan kejadian tersebut, dengan penumpang yang cedera diberikan bantuan perubatan di darat.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata: “Penerbangan Singapore Airlines #SQ321, yang beroperasi dari London (Heathrow) ke Singapura pada 20 Mei 2024, mengalami turbulensi yang kuat ketika dalam penerbanngan. Pesawat itu melencong ke Bangkok dan mendarat pada 1545hrs waktu tempatan pada 21 Mei 2024.
“Kami boleh mengesahkan terdapat kecederaan dan seorang maut di dalam pesawat Boeing 777-300ER itu. Terdapat sejumlah 211 penumpang dan 18 anak kapal.
“Singapore Airlines mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.”
Syarikat penerbangan itu berkata ia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang dan anak kapal yang terjejas, serta menghantar pasukan untuk membantu di lapangan.
PENUMPANG ‘MELAMBUNG KE SILING’ SEMASA TURBULANSI
Seorang penumpang dalam pesawat Singapore Airlines penerbangan SQ321 telah menyifatkan orang ramai tercampak ke siling ketika turbulansi melanda.
Penumpang Dzafran Azmir, 28, memberitahu: “Tiba-tiba pesawat mula condong ke atas dan ada gegaran jadi saya mula bersiap sedia untuk apa yang berlaku, dan tiba-tiba berlaku penurunan yang sangat dramatik sehingga semua orang yang duduk dan tidak memakai tali pinggang keledar melambunng serta-merta ke siling.
“Ada yang terhentak kepala mereka pada kabin bagasi di atas dan menyebabkannya kemek, mereka melanggar tempat di mana lampu dan topeng pernafasan berada dan terus menembusinya.”
DATA MENUNJUKKAN PESAWAT MENJUNAM 6,000 KAKI DALAM MASA KURANG TIGA MINIT
Pesawat Singapore Airlines yang membuat pendaratan kecemasan di Bangkok berikutan turbulensi yang mengakibatkan pesawat menjunam lebih 6,000 kaki dalam masa kurang tiga minit, menurut data dari Flightradar24.
Data menunjukkan pesawat itu terbang pada 37,000 kaki, apabila sejurus selepas 8 pagi GMT ia menjunam ke 31,000 kaki dalam masa tiga minit.
Syarikat penerbangan itu masih belum mengulas secara terperinci mengenai turbulensi itu selain menggambarkannya sebagai “dahsyat.”
GAMBAR MENUNJUKKAN MAKANAN BERTABURAN DIDALAM PESAWAT BERIKUTAN KEJADIAN TERSEBUT
Satu catatan dari Biro berita nasional Thailand menunjukkan lantai pesawat yang dipenuhi makanan dan ambulans berbaris untuk membantu selepas penerbangan Singapore Airlines dari London melakukan pendaratan cemas di Bangkok berikutan turbulensi yang amat kuat.
BACA juga: