BINTULU: Kegembiraan 43 keluarga menyambut Hari Gawai bertukar duka selepas Rumah Panjang Ugop Umpin di Kuala Sigu Pandan Sebauh musnah dalam kebakaran, tengah malam 2 Jun 2023.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.41 pagi.
Pasukan bomba mengambil masa tiga jam menuju ke lokasi kejadian dengan meredah jalan ladang kelapa sawit dan hanya dapat dihubungi dengan menggunakan pacuan empat roda (4WD),” katanya.
Menurutnya, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan struktur bangunan satu blok rumah panjang berkenaan.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku kerana kesemua penghuninya berjaya keluar lari menyelamatkan diri,” katanya.
Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sigu yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi rumah panjang yang terbakar.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.
BACA juga: