Dua kanak-kanak melihat timbunan yang tidak dikutip oleh Syarikat
Enviroment Idaman Sdn Bhd di Seberang Kota, Kuala Kedah dekat sini hari ini.
Tinjauan mendapati sampah yang tidak dipungut sejak dua minggu lalu
menyebabkan sampah yang dibuang penduduk dalam tong sampah penuh dan
bertaburan di luar tong sampah.
Syarikat swasta terbabit yang dilantik kerajaan negeri dibawah pimpinan
PAS perlu mengutip sampah tersebut bagi membolehkan tidak berlaku
masalah longgokan sampah itu.
Kerajaan negeri pimpinan PAS perlu lebih tegas dan bertanggungjawab
dalam menangani isu sampah sarap yang kian parah kerana gagal meguruskan
sampah di negeri ini dengan lebih teratur.
Pemandangan sebegini tidak patut berlaku selain bau busuk serta
pembiakan lalat sehingga boleh menggangu aktiviti harian penduduk dan
peniaga kedai makan yang ada di kawasan itu.