Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Milosuam dengan arwah Khalil.
Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah ditembak.
Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar.
Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang. Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook beliau:
“MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more..”
Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai. Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya.
Blog paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang ‘disayangi’ oleh arwah. Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali difacebooknya:
“Patutlah aku sayang kamu Hambali Idris….. sebab kamu ni berani mengatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sendiri pastinya membunuh kamu.”
Jika benar Milosuam adalah Hambali maka ini bermakna blogger pembangkang ini agak kerap berhubung dengan arwah melalui facebook sebelum kematian beliau. Tidak mustahil mereka juga ada berjumpa kerana dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali berjumpa dan berborak.
Dan tidak mustahil juga Milosuam mengetahui tentang rancangan ‘serangan-bunuh-diri’ oleh arwah.
Dengan kepantasan Milosuam memuatnaik video tersebut dan kemudian mengaitkan arwah dengan Tun Dr. Mahathir, kita merasakan bahawa tidak mustahil juga bahawa arwah telah dipergunakan oleh blogger pembangkang ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi pihak pembangkang.
Selain itu, jika kita melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa dalam beberapa tulisan beliau, boleh dikatakan beliau seolah-olah kecewa kerana segala kepercayaannya telah dikhianati oleh seseorang. Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai’ah PAS.
Maka, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub PAS yang terlalu kecewa dengan sikap cacamarba, fatwa sesat dan pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini?
Apapun punca kecelaruan pemikiran arwah dan apapun motif arwah menyerang JPM kini sudah tidak begitu penting lagi kerana arwah sudah tiada. Yang penting kini ialah mencari kaitan arwah atau pemikiran arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kepentingan dengan insiden amuk ini.
Dan yang penting juga, ialah untuk kita mengetahui apakah kaitan Milosuam dengan arwah dan apakah peranan Milosuam dalam kejadian ini. Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau pemerhati yang sengaja tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan kakitangan JPM, sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal lagi.
+++++
+++