Kemaskini 6:45 Petang: berita yang belum disahkan ketiga-tiga mereka ditemui selamat dan sedang dalam perjalanan untuk dibawa ke Sebuyau kira2 1 1/2 jam perjalanan darat.
Mereka yang masih hilang dipercayai , Peter Ato anak Mayau, Ketua Cabang PKR Siburan merupakan seorang jurutera dan 2 orang juruperunding, Henry dan Siti Huzaimah.
Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 dipercayai milik seorang ahli korporat tempatan dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi Jumaat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama berkata, berdasarkan laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pesawat terbabit yang dipandu juruterbang warga German Rko Steger bersama tiga lagi penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 8.57 pagi.
“Saya dimaklumkan oleh DCA, helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA dengan seorang juruterbang dan tiga penumpang,” katanya di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata, juruterbang terbabit Rko Steger, 3tahun diselamatkan sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai itu dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau.
Menurutnya gerakan mencari tiga lagi penumpang yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)