Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.
Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang. Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.
Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap. Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.
Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.
RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.
Nama-nama yang disebut oleh RPK selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah. Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.
RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn. Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.
Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.
Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini. Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu. Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar. Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.
Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?
Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa? Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?
Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa? Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka?
Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja. Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.