Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik apabila Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meremehkan protes besar-besaran terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.
Kita sedia maklum bahawa pendirian DAP itu ialah anti-Islam dan anti-Melayu, maka apa yang dinyatakan oleh Ngeh di twitternya adalah konsisten dengan pendirian partinya. ‘Kesilapan’ Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada umum sedangkan DAP bersusah payah menafikannya.
DAP tidak pernah mempunyai sensitiviti terhadap agama dan kaum lain. Ini adalah hakikat yang nampaknya masih ada yang tidak dapat memahaminya. Perjuangan DAP adalah untuk kaumnya mendapat keuntungan maksima dari segala segi, di negara kita yang tercinta ini. Itu saja.
Buktinya boleh dilihat dari sikap DAP dalam menangani isu-isu semasa. Jika masjid yang disimbah cat oleh anak Cina, ia adalah kenakalan anak-anak kecil. Tetapi jika tokong, kuil atau gereja yang menjadi sasaran yang sama, DAPlah orang yang pertama memprotes dan menjadikan isu tersebut sebagai isu perkauman yang amat serius.
Bukan kerana DAP prihatin sangat terhadap agama Buddha, Hindu atau Kristian tetapi kerana DAP ingin mencetuskan permusuhan sesama kaum, terutamanya membangkitkan kebencian terhadap kaum Melayu dan Islam. Semuanya dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.
Begitu juga dengan kes wanita Melayu yang dipaksa berbogel dalam tahanan pihak berkuasa tetapi disangka DAP sebagai wanita Cina. Riuh rendah DAP memperjuangkan hak wanita tersebut sehinggalah mereka mendapat tahu identitinya iaitu seorang Melayu, maka DAP pun diam membisu. \
Dan jangan kita lupa bagaimana pemimpin DAP masuk ke rumah orang Melayu tanpa membuka kasut, konon dalam lawatan ‘prihatin’ terhadap rakyat? Gambar lawatan ini telah pun tersebar luas di internet dan DAP tidak mampu menafikannya lagi. Jika ini bukan bukti sifat biadap, tidak hormat dan tidak sensitive terhadap budaya dan agama kaum majoriti di negara ini, apakah ia?
Nampaknya, dasar tertutup negara nenek moyang mereka dahulu menjadi akar yang kuat yang membentuk sikap pemimpin dan penyokong DAP. Dasar tersebut, secara tidak langsung telah membentuk sikap tidak peduli dan tidak prihatin terhadap segala sesuatu yang tiada kena mengena dengan diri, keluarga dan kaum mereka.
Oleh itu, pernahkah kita mendengar DAP turut prihatin dengan nasib rakyat Bosnia, Palestine atau Rohingya? Pernahkah DAP memperjuangkan atau menunjukkan sensitiviti terhadap sesuatu isu yang di luar skop politik, iaitu yang tidak memberi keuntungan kepada kaumnya tetapi atas dasar kemanusiaan semata-mata?
Tidak, kerana DAP tidak pernah ambil peduli terhadap kaum dan agama lain. Malah, sifat kemanusiaan DAP juga sukar untuk dikesan.
Di Pulau Pinang, DAP sanggup merobohkan kampung, merampas tanah dan menutup pintu rezeki peniaga-peniaga kecil tanpa berfikir panjang, semata-mata kerana mereka bukan berbangsa Cina. Dan ini hanyalah 1% dari sifat kejam DAP yang ditonjolkan. Bayangkan jika kuasa berada di tangan mereka sebanyak 50%? atau 80%? atau 100%?
Dengan sikap DAP ini, kita tidak harus terkejut apabila Ngeh menyatakan yang memprotes penghinaan terhadap Rasulullah SAW adalah membuang masa dan tenaga.
Jelas, Ngeh hanya berlaku jujur meluahkan rasa hati sebenar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini dinafikan mereka.
DAP boleh menafi yang kenyataan Ngeh adalah merupakan cerminan pendirian parti mereka, tetapi rakyat boleh menilai sendiri siapa DAP dari rekod sejarah parti tersebut.