Awal minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.
Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.
Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.
Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.
Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.
Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.
Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.
Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.
Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.
Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.
Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?
Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan ‘ugutan’ dari MB Pahang.
Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.
Tambah bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.