Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap
semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional
Parti Gerakan kali ke-41 dengan tema “Satu Hati”.
Pemimpin parti komponen Barisan Nasional harus berani turun ke gelanggang untuk berjuang demi rakyat, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata mereka juga perlu memperbaharui semangat dan iltizam untuk berjuang berhabis-habisan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN.
Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN pagi tadi merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Parti Gerakan, di ibu negara.
Dalam ucapannya, beliau mahu setiap ahli parti itu bangkit dengan semangat menyerang dan menjawab setiap tuduhan dan fitnah yang dilemparkan, terutamanya di Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat BN – di mana kemajuan dan kemakmuran negeri itu didendangkan parti pembangkang kononnya hasil pentadbiran DAP kini.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“The time has come for us to be offensive berjuang jangan takut lagi”.
Untuk itu, Gerakan bersama-sama dengan parti komponen BN yang lain terutamanya UMNO mampu melakukan kejutan di pulau mutiara itu pada pilihan raya umum akan datang.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Dan saya yakin dan percaya we will put up a good fight in Penang. Yes a good fight. Go into ring this is the spirit yang kita mesti ada. Cabaran ialah bukan waktu kita senang.What is the challenge?The biggest challenge if you rise up to the challenge in adversity.That is the strength of your character.Kalau dalam kesusahan dan kita tertekan kalah kita bangkit dengan semangat kita tunjuk kekuatan kita ada semangat untuk berjuang”.