Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dilihat tidak layak memegang jawatan kabinet di bawah Kerajaan sedia ada ekoran pandangan beliau dilihat menyerang pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu jutawan George Soros yang didakwanya berpotensi “memakan diri sendiri”.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan, Timbalan Menteri tersebut sewajarnya dapat membezakan “isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan” dan “isu politik”.
“Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi Timbalan Menteri dan patut meletakkan jawatan,” katanya yang dipetik menerusi akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Sambil mendesak Saifuddin meletak jawatan, beliau seterusnya menegaskan isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu “bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara”.
Kenyataan Saifuddin Abdullah tersebut turut menerima kecaman dari beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Saifuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat berbau politik pembangkang. Namun, beliau pernah memberi maklum balas setia bersama perjuangan UMNO dan Barisan Nasional malah mendakwa tidak berminat menyertai mana-mana parti pembangkang buat masa ini.
George Soros minta nak jumpa saya – PM @NajibRazak @malaysiakini »
AGENDADAILY – Usaha sebuah portal pembangkang hendak belit dan putar satu pertemuan ‘courtesy call’ yang pernah diadakan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan George Soros nampaknya tidak begitu menjadi. Semua orang faham kenapa portal yang didakwa ada terima dana dari orang yang dilabel sebagai penyangak mata wang itu begitu gairah hendak menjadikan pertemuan itu […]…