“Sejak kami tiba di sini, saya dapat merasakan kedinginan udara dan saya percaya saya akan tidur dengan nyenyak malam ini.
“Bukan sahaja kerana kedinginan udaranya, tetapi kerana sokongan mantap penduduk di sini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Negara Kinabalu di sini Sabtu malam.
Turut hadir ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Najib juga bersetuju dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karanaan dan Paginatan iaitu Datuk Masidi Manjun dan Datuk Dr Ewon Ebin bahawa masyarakat Ranau yang majoriti dari kaum Dusun ikhlas menyokong BN.
“Kalau pilihan raya diadakan esok, BN tetap akan menang kerana sokongan rakyat di sini setinggi Gunung Kinabalu,” katanya.
Beliau menjelaskan masyarakat di Ranau tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN Sabah.
Pada Ahad, beliau akan melepaskan peserta 26th Mount Kinabalu International Climbathon di sini pada pukul 7 pagi sebelum membuat tinjauan mesra di Pekan Kundasang dan akan ke Kudat sebagai mengakhiri lawatan dua harinya di Sabah.
….
….
Ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Negara Kinabalu, malam tadi, Perdana Menteri menyifatkan sokongan rakyat khususnya di Kundasang dan Ranau kepada Barisan Nasional amat mantap dan setinggi Gunung Kinabalu.
Beliau percaya masyarakat di Ranau dan Kundasang tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang.
Katanya, sokongan berterusan rakyat kepada BN penting kerana segala yang diperjuangkan kerajaan untuk negara sejak 55 tahun lalu, hilang sekelip mata jika rakyat silap memilih.
Sebelum itu, Perdana Menteri menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin BN Sabah.