Seorang ibu yang mendera anaknya hingga mati dua tahun lalu – hari ini dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Turut dihukum mati – kekasih kepada wanita terbabit.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sesi pembelaan.
Wong Mei Teng 26 tahun dan kekasihnya Tan Peng Tong 29 tahun didapati bersalah membunuh anaknya yang berumur 3 tahun.
Fakta menyatakan kedua-dua tertuduh mendera kanak-kanak itu dengan merotan, mencubit dan menyepak mangsa.
Sebelum tangan mangsa diikat dan mulutnya disumbat dengan kain pengelap kaki serta ditinggalkan bersendirian di rumah.
Laporan bedah siasat pula menyatakan terdapat 66 kecederaan di seluruh badan mangsa.
Mei Teng dan Peng Tong melakukan kesalahan itu antara 1 Mac 2010 hingga 14 April tahun lalu di Pangsapuri Bayu,Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.